TAKUTNYA NIFAK YANG DIPERTUNJUKKAN OLEH HANZLAH

TAKUTNYA NIFAK YANG DIPERTUNJUKKAN OLEH HANZLAH

“Kami berhadapan dengan Nabi Muhammad s.a.w.. apabila Baginda s.a.w. berkhutbah pada suatu hari. Kutbah Baginda s.a.w.. menakutkan hati kami. Kami mencucuri airmata mengenangkan keadaan kami pada masa itu, kemudian saya pun kembali kerumah menemui anak dan isteri saya. Ditengah-tengah kesibukan kami sekeluarga, kesan kuthbah yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. sebentar tadi semakin hilang. Saya menyedari yang keadaan saya telah berubah. Kalau tadi saya berdukacita kini saya berasa gembira.Tiba-tiba saya berkata didalam hati saya:”Oh Hanzlah, engkau ini seorang munafik.” Perasaan hiba yang menyelubungi fikiran saya yang tidak dapat dibayangkan. Saya meninggalkan rumah saya sambil berkata: “Hanzlah telah menjadi seorang munfik.” Apabila saya menemui Abu Bakar saya meneruskan kata-kata saya tadi. Katanya: “Subhanallah! Apa yang kamu katakan ini. Hanzlah tidak mungkin menjadi seorang munafik.”

Saya menceritakan segala-galanya kepadanya. Kata saya:”Semasa kita mendengar kutbah Nabi Muhammad s.a.w. tadi terasa oleh kita bahawa syurga dan neraka seolah-olah berada dihadapan kita, tetapi apabila balik bertemu dengan keluarga kita dirumah, kita melupakan kampung akhirat.” Kata Abu Bakar: “Ya, keadaan aku pun demikian juga.” Kemudian kami bersama-sama menuju ketempat kediaman Nabi Muhammad s.a.w.

Kata saya kepada Nabi Muhammad s.a.w.:”Ya Rasulullah, saya telah menjadi munafik.” Setelah mendengar penjelasan saya Nabi Muhammad s.a.w..:”Demi Allah , yang jiwaku ditanganNya, seandainya kamu dapat memeliharakan selama-lamanya keghairahan yang diwujudkan dalam sanubari kamu semasa berada disisiku, sudah tentu para malaikat akan mengucap selamat kepadamu semasa kamu berjalan dan semasa kamu tidur, tetapi wahai Hanzlah, ini adalah satu perkara yang jarang-jarang berlaku.”

Menurut pendapat Nabi Muhammad s.a.w. walau bagaimanapun teguhnya keimanan seseorang, dia tidak dapat menumpukan segala tenaganya terhadap urusan ‘Ukhrawinya’ semata-mata kerana sebagai seorang manusia dia terpaksa bertanggung jawab terhadap urusan-urusan’Duniawi’ yang lain. Walaupun ada manusia yang boleh berbuat demikian sudah tentu bilangan mereka itu terlalu kecil. Namun demikian, kita hendaklah memupukkan perasaan yang akan membolehkan kita sentiasa mencurigai tentang keteguhan iman kita sepertimana yang telah dipertunjukkan oleh sahabat Hanzlah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s