GERAKAN TENTERA AL-AMBAR

GERAKAN TENTERA AL-AMBAR

Nabi Muhammad s.a.w. telah mengerahkan satu ketumbukan tentera Muslimin yang terdiri daripada tiga ratus orang. Tentera yang diarahkan kesebuah tempat berdekatan dengan pantai diketuai oleh Abu Ubaidah. Nabi Muhammad s.a.w. telah memberi sekarung buah tamar sebagai bekalan makanan mereka. Belum pun genap lima belas hari, makanan yang mereka bawa telah kehabisan. Qais r.a.hu sebagai usaha kearah mengelakkan daripada kelaparan telah membeli tiga ekor unta tiap-tiap hari daripada orang-orangnya sendiri untuk menjadi hidangan para mujahid sekelian. Ini bermakna yang alat pengakutan mereka semakin berkurangan tiap-tiap hari. Abu Ubaidah telah mengarahkan supaya penyembelihan unta dihentikan dengan serta merta. Dia mengumpulkan buah tamar yang masih ada pada tiap-tiap seorang lalu menyimpannya didalam sebuah bekas. buah-buah ini lah dicatukan sebanyak sebiji kepada seorang, tiap-tiap hari. Apabila Jabir r.a.hu menceritakan kisah ini kepada orang, salah seorang daripada pendengar-pendengarnya telah bertanya: “Bagaimana kamu hidup sehari suntuk dengan sebiji kurma?” Jabir r.a.hu menjawab:” Setelah beberapa lama yang sebiji itu pun tidak diperolehi. Kami telah mendekati pinggir kbuluran. Kami terpaksa menyirami daun-daun kayu dengan air dan kemudian memakannya.”

Tiba-tiba Allah s.w.t. seperti biasa telah mencucuri rahmatNya keatas orang yang tahan penderitaan. Seekor ikan besar yang bernama AMBAR telah terlempar dari laut lalu jatuh keatas pantai.Ikan itulah yang menjadi makanan mereka selama lapan belas hari. Yang bakinya dibuat bekalan dalam perjalanan mereka balik keMadinah. Apabila peristiwa ini diceritakan kepada Nabi Muhammad s.a.w., Baginda s.a.w. berkata: “Ikan itu ialah bekalan yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. untuk kamu semua.” Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda: “Penderitaan yang paling pahit disediakan kepada para Nabi dan kemudian kepada mereka-mereka yang paling baik dikalangan Muslimin lainnya.”

Kesusahan dan pederitaan hidup adalah perkara biasa dalam kehidupan manusia sehari-hari. Kepada orang yang mempercayai Allah s.w.t. kesusahan merupakan suatu ujianNya. Ujian yang dihadapkan kepada seseorang insan itu seimbang dengan kedudukannya disisi Allah s.w.t. Paling dekat dengan Allah s.w.t.., paling dahsyatlah ujian yang bakal diteimanya. Orang yang lulus ujianNya akhirnya menerima rahmat keselesaan hidup dan ketenteraman jiwa dari sisiNya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s